Tasik Kesuma Bandar_Tasik_Kesuma

Berlatarbelakangkan tasik sebagai landskap utama, Bandar Tasik Kesuma begitu menyegarkan apabila dilihat pada awal pagi ketika matahari mula terbit.

Banjaran Titiwangsa menganjur dari selatan Thailand hingga ke Gunung Ledang di Johor. Banjaran bermaksud deretan gunung dan bukit , yang menjadi tulang belakang sesebuah kawasan. Banjaran Titiwangsa menjadi tulang belakang Semenanjung Tanah Melayu. Ia sebenarnya menganjur dari Banjaran Himalaya dan puncak tertingginya ialah Gunung Everest. Banjaran ini menjadi legeh bagi sungai-sungai utama di semenanjung Malaysia.Di sini terdapat tiga buah pusat peranginan iaitu Tanah Tinggi Cameron, Genting Highland dan Bukit Fraser. Kemuncak tertinggi di banjaran ini ialah Gunung Korbu. Di sini juga di jalankan penanaman tanaman hawa sederhana seperti teh,bunga-bungaan dan sayur-sayuran.Pola saliran atau cara cawangan-cawangan sungai dicantumkan dengan sungai utama ialah pola saliran reranting.Panjang banjaran ini kira-kira 500km,manakala tingginya 900 meter hingga 2100 meter dari aras laut. Banjaran yang terpanjang di Malaysia ini mengnjur dari sempadan Thailand ke Negeri Sembilan.

Terdapat beberapa wakaf yang telah dibina bagi merehatkan badan setelah penat beriadah dipersekitaran tasik. Terdapat juga trek jogging yang luas disekeliling tasik beserta taman permainan kanak-kanak. Kawasan yang berhampiran dengan tasik ini adalah lot-lot bungalow yang masih belum diduduki. Suasana penuh ketenangan dapat disaksikan pada awal pagi diikuti dengan suasana penuh kegirangan ketika petang dengan kehadiran mereka yang membawa keluarga beriadah di kawasan persekitaran tasik.


Taman perumahan ini diberi nama Bandar Tasik Kesuma kerana mempunyai beberapa tasik rekrasi untuk melakukan beberapa aktiviti yang boleh mengisi masa lapang dan waktu riadah pada waktu petang. Tasik ini juga dilengkapi dengan permainan kanak-kanak,trek joging dan kerusi-kerusi batu di sekeliling tasik. Selain itu, terdapat juga proses penambahan taman-taman perumahan yang juga dikenali sebagai "Fasa" sedang giat dijalankan pada waktu ini. Setakat ini, binaan rumah yang sudah siap seperti banglo,teres,apartmant dan semi D dan binaan dan yang paling banyak ialah teres. Terdapat beberapa penambahan fasa baharu dan sudah dihuni oleh masyarakat setempat. Setakat ini, Bandar Tasik Kesuma sudah mempunyai 10 buat fasa. Di sini juga mempunyai banyak lagi kawasan tanah lapang dan terbiar dan tiada usaha untuk dibangungkan. Selain itu, setiap fasa di sini sudah mempunyai surau untuk kemudahan bagi masyarakat setempat beragama Islam manakala tempat ibadat bagi agama lain juga dibina bagi mengekalkan perpaduan kaum disini. Tidak dilupakan juga pendidikan bagi masyarakat setempat, terdapat beberapa sekolah iaitu SK BANDAR TASIK KESUMA,SMK BANDAR TASIK KESUMA. Selain itu, terdapat juga beberapa sekolah agama disini misalnya Sekolah Tahfiz dan Pasti, terdapat juga kolej disini misalnya Kolej Mara Beranang dan MARA Japan Institut, terdapat juga tadika yang supaya memberikan didikan awal kepada kanak-kanak di sini misalnya Sekolah Tadika Bandar Tasik Kesuma.